Tekad tinggalkan KL untuk bina kehidupan baharu

A
A
A

No Image Caption

Bukan mudah untuk membuat penghijrahan besar dalam kehidupan. Setiap keputusan yang diambil memerlukan banyak pengorbanan dan perancangan teliti untuk meneruskan kesinambungan hidup dalam suasana baharu.

Namun itulah tekad besar yang dilakukan oleh Syahiful Noreffendy A Samat, apabila beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai pengarah kreatif di sebuah syarikat pengiklanan di Kuala Lumpur, untuk berhijrah dan memulakan kehidupan baharu di tempat kelahirannya; Kuantan, Pahang.

Meninggalkan tempat bertapak dan mencari membina kehidupan selesa di kota raya untuk mengejar impian baharu di kampung halaman sendiri, pastinya menuntut dirinya untuk bersedia bermula dari bawah semula.

Bagi Syahiful, dia percaya kepada pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pada 2014, beliau pulang ke Kuantan dan memulakan beberapa perniagaan termasuk kedai makan secara kecil-kecilan.

"Saya mengakui telah ambil keputusan yang besar dalam hidup apabila tinggalkan kerjaya dan kehidupan di Kuala Lumpur untuk mencuba nasib di Kuantan.

"Saya tahu peluang di Kuantan tak sebesar dan semewah di KL, tapi segala-galanya bergantung kepada diri sendiri. Kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya.

"Setelah menapak di bandar kelahiran sendiri, saya mula mengorak langkah satu demi satu dengan terlebih dahulu cuba nak faham senario di Kuantan," ujarnya.

Setelah empat tahun membina semula kehidupan dan mencari rezeki di Kuantan, akhirnya beliau mengorak langkah membuka sebuah restoran bersama seorang rakan kongsi.

Bagaimanapun Syahiful mengakui untuk memulakan perniagaan sebuah restoran bukanlah sesuatu yang mudah biarpun beliau pernah memiliki satu kedai makan kecil. Skala perniagaan lebih besar yang menuntut modal dan kos lebih besar membuatkan beliau dan rakan kongsinya perlu lebih berhati-hati dalam perbelanjaan serta pelaburan.

"Setelah saya cuba macam-macam cabang perniagaan secara kecil-kecilan seperti jual baju, buka kedai makan kecil-kecil, akhirnya saya tekad mahu 'start' bisnes restoran sendiri.

"Kebetulan ada seorang kawan saya yang nak 'join' sebagai rakan kongsi. Jadi kami berbincang, memerah otak dan mengeluarkan wang simpanan masing-masing untuk dijadikan modal permulaan.

"Tapi bak kata orang, cakap tak semudah buat kerja. Memang macam-macam perkara yang kami kena buat sebelum berjaya buka restoran sendiri," katanya.

Cabaran meredah 'ribut pandemik' Covid-19

Memilih sebuah banglo lama yang akhirnya dinamakan sebagai Atmosphere Industry, Syahiful cuba mencari kelainan dalam konsep restorannnya itu. Namun ia memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian yang besar untuk memenuhi konsep yang diingini mereka.

Restoran Atmosphere di Kuantan, Pahang menjadi tumpuan pelanggan terutama pada waktu malam
Restoran Atmosphere di Kuantan, Pahang menjadi tumpuan pelanggan terutama pada waktu malam

"Permulaan operasi restoran pada 2018 itu, segalanya berjalan lancar dan saya bersyukur di sebalik segala kepayahan untuk merealisasikan Atmosphere Industry itu, ia akhirnya membuatkan hasil.

"Tapi langit tak selalu cerah, 'ribut' pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia pada 2020 menggoyangkan ekonomi keseluruhannya termasuklah restoran milik kami," jelas Syahiful sambil memejamkan mata seperti dapat mengimbas kembali segala kekalutan yang melanda dua tahun lalu.

Beliau mengakui mengalami pelbagai kesukaran dalam meneruskan perniagaan restorannya. Biarpun terasa ingin mengalah dek tekanan dan kekurangan pendapatan daripada Atmosphere Industry, namun anak kelahiran Pahang yang terkenal dengan semangat kental ini tidak mudah tunduk dengan cabaran.

"Memang saya akui masa itu kadang-kadang rasa nak 'give up'. Nak tutup saja Atmosphere sebab tak boleh berniaga masa PKP dan pendapatan pun tak seberapa.

"Tapi demi memikirkan nasib para pekerja restorannya yang rata-rata dalam kalangan anak muda tempatan, Kami tekad meredah arus pandemik dengan menyusun strategi baharu.

"Saya berpegang kepada prinsip, ketika dalam susah ini biar tak untung tapi janji boleh balik modal dan bertahan selama mungkin," katanya yang kini turut bertugas sebagai pensyarah seni reka grafik di sebuah kolej.

Yakin ada sinar di hujung terowong

Selepas dua tahun bergelut dengan ketidaktentuan operasi dan pendapatan di Atmosphere Industry, peralihan kepada fasa endemik telah mula menampakkan sinar baharu dalam perniagaan yang diusahakan Syahiful itu.

Beliau mengakui perkembangan positif itu juga banyak disumbangkan oleh perubahan sistem dalam pengurusan dan operasi restoran yang diaplikasikan.

Menu ‘fusion food’ dan gabungan resipi makanan timur dan barat mempopularkan Atmosphere
Menu ‘fusion food’ dan gabungan resipi makanan timur dan barat mempopularkan Atmosphere

"Saya bersyukur apabila pihak Maxis memilih saya menyertai kempen UsahaWIRA dan melakukan transformasi dalam sistem pengurusan restoran secara online.

"Kebetulan kita itu memang saya sedang mencari satu sistem online yang boleh dipercayai dan efisien untuk operasi di Atmosphere.

"Ketika itulah seorang rakan saya daripada Maxis memperkenal dan menunjukkan Geran SME dan Maxis Business Solution sehinggakan saya teruja untuk menyertainya," ujar Syahiful.

Beliau tidak mahu berselindung dengan mengakui penyelesaian perniagaan yang dilaksanakan Maxis itu banyak membantu membina kembali perniagaannya.

Ujar Syahiful, sejak beliau mengimplementasikan Maxis Cloud POS dalam sistem perniagaannya, operasi Atmosphere Industry makin lancar dan para pelanggannya juga semakin berpuas hati dengan servis yang ditawarkan terutamanya membabitkan pembayaran tanpa tunai.

"Sejujurnya, memang saya bersyukur apabila dapat menyertai kempen UsahaWIRA yang ditawarkan Maxis. Apa tidaknya, operasi restoran saya lebih baik sehingga menyumbang kepada peningakatan pendapatan.

Warga kerja yang sama-sama menjadikan Atmosphere maju menerusi kemudahan dan akses digital yang disediakan
Warga kerja yang sama-sama menjadikan Atmosphere maju menerusi kemudahan dan akses digital yang disediakan

"Pelanggan-pelanggan saya pun ramai yang 'happy' bila servis kami lebih cekap dan mereka kini boleh bayar secara cashless."

"Saya berterima kasih kepada Maxis kerana bukan hanya sebab saya dapat sertai kempen UsahaWIRA ini, tapi sebab mereka banyak membantu peniaga-peniaga PKS macam saya," katanya ceria.

Maxis Business sedang mengadakan UsahaWIRA roadshow di H Elite Design Hotel, Kota Bharu pada 20 Ogos ini untuk membantu mendigitalisasikan perniagaan anda!

Kami menyediakan sesi konsultasi dan anda juga berpeluang untuk memenangi cenderahati eksklusif. Klik di sini untuk maklumat lanjut.