Kembar Siam Yemen akan dipisahkan pada Khamis

Pasangan kembar Siam dari Yemen iaitu Mawaddah dan Ramah akan dipisahkan melalui pembedahan  di Hospital Khusus Kanak-kanak Raja Abdullah di Bandar Perubatan Raja Abdulaziz pada Khamis. - Foto SPA
Pasangan kembar Siam dari Yemen iaitu Mawaddah dan Ramah akan dipisahkan melalui pembedahan  di Hospital Khusus Kanak-kanak Raja Abdullah di Bandar Perubatan Raja Abdulaziz pada Khamis. - Foto SPA
A
A
A

RIYADH - Satu pasangan kembar Siam dari Yemen akan dipisahkan melalui pembedahan yang bakal dilakukan pada Khamis.

Pembedahan itu akan dilakukan di Hospital Khusus Kanak-kanak Raja Abdullah di Bandar Perubatan Raja Abdulaziz (KAMC) di Kementerian Pengawal Kebangsaan di Riyadh.

Maklumat pembedahan itu didedahkan dalam kenyataan akhbar oleh Penasihat di Mahkamah Diraja, Penyelia Am Pusat Bantuan Kemanusiaan Raja Salman dan Ketua Pasukan Perubatan serta Pembedahan, Dr Abdullah bin Abdulaziz Al-Rabeeah.

Pembedahan itu akan mengambil masa kira-kira 11 jam dan bakal dijalankan dalam enam peringkat melibatkan 28 doktor dan pakar-pakar dan jururawat.

Kembar Siam perempuan berusia hampir lima bulan itu dilahirkan bercantum pada bahagian bawah dada serta perut.

Pada Mei lalu, kembar tersebut, Mawaddah dan Rahmah tiba di Riyadh bersama ibu bapa mereka yang datang dari Aden, Yemen.

Pasangan kembar itu dipindahkan melalui pesawat udara perubatan dengan sokongan Pasukan Tentera Perikatan yang diketuai oleh Arab Saudi. - Agensi