Mayat mangsa bot karam ditemui

No Image Caption
A
A
A

PEKAN - Mayat mangsa lemas dalam kejadian bot karam di Pulau Awang Mandur Sungai Pahang di sini, ditemui tersangkut pada pukat, tengah hari tadi.

Ketua Polis Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, identiti mangsa dikenalpasti sebagai Chan Hoke Kei, 49.

"Mangsa ditemui jam 12.25 tengah hari oleh orang kampung pada pukat yang dipasang kira kira 60 meter dari titik jatuh menghala ke muara sungai.

"Mayat dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan usaha mencari mangsa kedua diteruskan," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Penolong Penguasa Bomba Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, usaha mencari akan diteruskan petang ini dengan bantuan unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Pekan.

No Image Caption

Menurutnya gerakan operasi hari ini bermula jam 7 pagi tadi dengan gerakan sebuah bot tiga anggota yang membuat pencarian di permukaan.

"Radius pencarian hingga dua kilometer dari lokasi jatuh.

Artikel Berkaitan:

"Gerakan kedua melibatkan lima anggota dari pasukan PPDA di dua lokasi, iaitu di tempat bot karam manakala yang kedua, pada jarak 200 meter.

"Dengan bantuan penduduk kampung, mangsa pertama berjaya ditemui dan dibawa naik ke tebing sebelum diserahkan kepada pasukan PDRM untuk tindakan lanjut," katanya.

Pagi tadi dilaporkan sebuah bot fiber berenjin dinaiki lima lelaki terbalik dalam kejadian di tebing sungai Pahang Pulau Jawa kira kira jam 4.45 petang, semalam.

Kesemua mangsa dikatakan membuat rondaan sekeliling Pulau Awang Mandur di sini, bagi tujuan merakam gambar sekitar pulau tersebut yang menjalankan aktiviti mengepam pasir.

Mangsa yang selamat ialah warga Indonesia, Suprianto, 24, Fan Kek Heung, 41 dari Kepong dan Sow Ke Cheong, 44, dari Batu Caves Selangor.

Gerakan mencari seorang lagi mangsa bernama Ah Poi, berbaju kuning, diteruskan petang ini.