Perwakilan Dewan Belia Perak bebas berhujah

Howard Lee (empat, kiri) pada sidang media berkenaan.
Howard Lee (empat, kiri) pada sidang media berkenaan.
A
A
A

IPOH - Pembubaran Jawatankuasa Dewan Belia sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Dewan Belia Yang Kedua Negeri Perak yang berlangsung mulai 8 hingga 9 Disember ini, bakal menyaksikan kebebasan bersuara daripada para perwakilan.

Exco belia negeri, Howard Lee Chuan How berkata, pembubaran berkenaan membolehkan perwakilan bebas untuk berhujah berdasarkan latar belakang atau bidang kemahiran masing-masing.

"Sebelum ini wujudnya unsur sekatan, tetapi dengan reformasi bubar jawatankuasa para perwakilan bebas berhujah apa jua yang mereka suka.

"Mereka boleh berhujah melalui pengalaman atau latar belakang yang dirasakan perlu disampaikan," katanya pada sidang media, pagi tadi.

Hadir sama, , Exco Kerajaan Negeri, Tan Kar Hing, Speaker Dewan Belia, Teoh Yer Chern, Nabilatul Husna Shamsul Munir (Timbalan Speaker 1), Kamal Azureen Adika Kamal Ariffin )Timbalan Speaker 2) dan P.Jivithra (Setiausaha).

Sementara itu Howard Lee mencadangkan agar satu barisan 'exco cerminan' dapat diwujudkan daripada kalangan perwakilan belia khususnya di peringkat Dun.

Katanya, kewujudan 'exco cerminan' ini boleh membantu exco serta Adun terutamanya dari segi jawapan.

"Exco cerminan ini diharapkan dapat membantu dengan jawapan yang diberikan.

Artikel Berkaitan:

"Seterusnya, jawapan berkenaan boleh diangkat ke peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), kelak," katanya.