Abdul Hadi dimasukkan ke IJN malam tadi

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), malam tadi.

Berita itu dimaklumkan oleh Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman di laman sosial Facebook miliknya.

"Bersama kita doakan kesihatan Datuk Seri Tuan Guru. Terima kasih," tulisnya.

Menurut hantaran itu, Abdul Hadi ke IJN untuk membuat pemeriksaan sebelum dinasihatkan untuk berehat di IJN bagi mendapatkan rawatan susulan.

Pemimpin utama Pas itu pernah dimasukkan ke IJN pada Mei 2017 untuk menjalani pembedahan penggantian injap jantung dan menerima rawatan intensif daripada pakar-pakar di situ selama sebulan.

Artikel Berkaitan: