Himpunan #Turun: 29 individu dipanggil untuk dirakam keterangan

Ciapan Twitter Mandeep Singh memaklumkan beliau bersama individu telah dihubungi pihak polis untuk dirakam keterangan berhubung himpunan #Turun di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu.
Ciapan Twitter Mandeep Singh memaklumkan beliau bersama individu telah dihubungi pihak polis untuk dirakam keterangan berhubung himpunan #Turun di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 29 individu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung himpunan #Turun yang berlangsung di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu.

Aktivis politik, Mandeep Singh berkata, antara individu yang akan dipanggil adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.

"Baru sahaja terima panggilan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Seramai 29 orang akan disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012. Kami akan berbincang dengan peguam untuk proses seterusnya," ciapnya di Twitter pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan telah menghubungi beberapa individu untuk dirakam kenyataan berhubung himpunan tersebut.

"Ada individu akan hadir untuk dirakam keterangan pada Isnin dan Selasa ini," katanya.

Pada Sabtu, media melaporkan polis membuka satu kertas siasatan terhadap Himpunan Turun Harga Barang yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada Sabtu.

Polis telah mengesan satu perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang yang dihadiri kira-kira 100 individu yang terdiri daripada mahasiswa serta ahli politik.