PM, isteri hadir ke resepsi perkahwinan anak MB Perlis

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan bergambar bersama pasangan pengantin, Atiqah Bazilah Azlan dan pasanganya Mohamad Faizal Che Mohd Din ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man di Dewan 2020 hari ini.
Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin serta Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Seri Khadijah Mohd. Noor. - Foto Bernama
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan bergambar bersama pasangan pengantin, Atiqah Bazilah Azlan dan pasanganya Mohamad Faizal Che Mohd Din ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man di Dewan 2020 hari ini. Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin serta Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Seri Khadijah Mohd. Noor. - Foto Bernama
A
A
A

KANGAR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, menghadiri resepsi perkahwinan anak perempuan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man di Dewan 2020 malam ini.

Ismail Sabri meluangkan masa beramah mesra dengan keluarga pengantin dan tetamu.

Resepsi bagi meraikan Atiqah Bazilah Azlan dan pasangannya, Mohamad Faizal Che Mohd Din, berlangsung dengan meriah.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat ke majlis itu.

Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Seri Khadijah Mohd Noor.

Seramai 1,500 tetamu jemputan menghadiri resepsi itu. - Bernama.