Scammer guna gambar ADUN Bebar minta duit

Tangkap layar penipuan yang dilakukan sindiket Macau Scam yang menggunakan gambar profil Mohammad Fakhruddin (gambar kecil) bagi mendapatkan wang.
Tangkap layar penipuan yang dilakukan sindiket Macau Scam yang menggunakan gambar profil Mohammad Fakhruddin (gambar kecil) bagi mendapatkan wang.
A
A
A

KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Arif menjadi mangsa sindiket Macau Scam apabila gambarnya digunakan untuk menipu mangsa mendapatkan wang.

Beliau berkata, perkara itu disedari selepas dimaklumkan pegawai Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bebar mengenai gambarnya digunakan sebagai gambar profil di aplikasi Telegram milik sindiket tersebut.

Menurutnya, sindiket itu turut meminta wang RM2,000 daripada mangsa dengan menggunakan identitinya.

"Satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai saya malam tadi di Balai Polis Daerah Pekan berhubung perkara itu.

Laporan polis telah dibuat oleh pegawai kepada Mohammad Fakhruddin selepas mengetahui penyalahgunaan gambarnya di Balai Polis Daerah Pekan pada malam Jumaat.
Laporan polis telah dibuat oleh pegawai kepada Mohammad Fakhruddin selepas mengetahui penyalahgunaan gambarnya di Balai Polis Daerah Pekan pada malam Jumaat.

"Sindiket mahu wang itu dimasukkan ke akaun Maybank bernama Sunati Nasry. Mungkin dengan menggunakan gambar saya, sindiket itu yakin dapat memperdayakan mangsa dengan mudah," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Mohammad Fakhruddin yang juga Exco Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang berharap tindakan segera dapat diambil bagi membendung perkara itu.

"Saya juga memohon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memadam gambar saya dan menyekat nombor telefon yang digunakan sindiket ini.

"Saya juga meminta orang awam untuk berhati-hati sekiranya menerima pesanan Telegram atau WhatsApp daripada sindiket yang menggunakan gambar saya.

"Kalau boleh jangan laan pesanan itu, sebaliknya membuat laporan polis dan aduan kepada SKMM melalui https://aduan.skmm.gov.my," katanya lagi.