Dollah, Fandi bergandingan pacu SPFC

Dollah dan Fandi bergandingan bagi memacu SPFC.
Dollah dan Fandi bergandingan bagi memacu SPFC.
A
A
A

PENGURUS pasukan Sri Pahang FC (SPFC), Dollah Salleh dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan itu bagi menggantikan Christophe Gamel.

Pengumuman tersebut dibuat pasukan Tok Gajah menerusi satu hantaran di Facebook rasmi kelab itu yang mengesahkan Dollah akan mengendalikan skuad berkenaan sehingga berakhir Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

"Dollah mengambil alih tugasan daripada Christophe Gamel yang tidak diteruskan khidmat. Justeru, kelab mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Gamel," kata kenyataan itu.

Pada minggu lalu, SPFC membuat keputusan tidak meneruskan khidmat Gamel sebagai ketua jurulatih susulan prestasi hambar yang dipersembahkan skuad Tok Gajah hingga terperosok di kedudukan kedua tercorot Liga Super.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, SPFC turut berbesar hati mengumumkan Fandi Ahmad yang juga bekas pemain Singapura sebagai penasihat teknikal kelab itu.

"Semoga kepakaran dan pengalaman Fandi akan memanfaatkan pasukan Sri Pahang," katanya.

Untuk rekod, Fandi bukanlah nama asing dalam kalangan penyokong SPFC memandangkan beliau pernah menyarung jersi Tok Gajah selama dua musim dan anggota skuad kejuaraan berganda Liga Premier dan Piala Malaysia 1992.