Perdana Menteri Itali letak jawatan

Mario Draghi
Mario Draghi
A
A
A

ROM - Perdana Menteri Itali, Mario Draghi meletak jawatan selepas kerajaan campurannya tumbang pada Khamis.

Perkara itu telah dimaklumkan kepada Presiden Itali, Sergio Mattarella.

Parlimen Itali dijangka dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya awal selepas tiga parti yang membentuk kerajaan campuran, liga sayap kanan Matteo Salvini, Forza Italia (FI) parti bekas Perdana Menteri, Silvio Berlusconi dan Gerakan 5 Bintang (M5S), gagal mempertahankan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri itu pada Rabu, lapor Agensi Berita Itali (ANSA).

Pejabat presiden memaklumkan, sehingga pilihan raya diadakan kerajaan sedia ada akan memangku jawatan pentadbiran.

Draghi mengucapkan terima kasih kepada ahli Parlimen yang hadir, kebanyakannya menyokong kerajaan pimpinannya sehingga mampu bertahan selama setahun setengah.

"Terima kasih atas semua komitmen yang telah diberikan selama ini,” katanya. - Bernama