X

Kindly register in order to view this article
!

Malaysia kutuk tindakan Israel ke atas penunjuk perasaan

A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk tindakan Israel menggunakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan semasa menyertai perhimpunan sempena ulang tahun pertama "Great March of Return” pada 30 Mac.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata penggunaan kekerasan secara berterusan oleh Israel ke atas penunjuk perasaan rakyat Palestin yang tidak bersenjata adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima walajupun dengan apa cara sekalipun.

"Dalam insiden itu, sekurang-kurangnya empat orang awam Palestin yang tidak berdoa maut dan lebih 300 yang lain dilaporkan cedera.

"Penggunaan kekerasan adalah tidak wajar dan oleh itu, Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa segera bertindak untuk mengelakkan lebih ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi korban.” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, tindakan Israel yang langsung tidak menghiraukan laporan dan dapatan "Independent International Commission of Inquiry on the protests in the Occupied Palestinian Territory” yang dikeluarkan bulan lepas jelas membuktikan kedegilan kerajaan Israel. -Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!