Derbi Lembah Klang: Selangor, KL City sama kuat

Pemain KL City, Akram Mahinan (kanan) diasak pemain Selangor, Muhammad Fazly Mazlan ketika perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam Rabu.
Pemain KL City, Akram Mahinan (kanan) diasak pemain Selangor, Muhammad Fazly Mazlan ketika perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam Rabu.
A
A
A

DERBI Lembah Klang, Selangor FC menentang Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Kapten The Red Giants, Brendan Gan terlebih dulu meletakkan skuad kendalian Michael Feichtenbeiner di depan pada minit ke-37 untuk mendahului babak pertama.

Bersambung babak kedua, tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Ahmad Zikri Khalili dilayangkan kad merah pada minit ke-56.

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya anak buah Bojan Hodak apabila tandukan minit ke-68’, Romel Morales menafikan tiga mata lawan untuk masing-masing berkongsi satu mata.

Dalam satu lagi aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka United terpaksa berpuas hati apabila sekadar melakar keputusan seri 2-2 ketika melayan kunjungan PJ City.

Anak buah Mohd Asri Ninggal terlebih di depan menerusi Emmanuel Oti pada minit ke-36'sebelum Darren Lok menyamakan kedudukan pada minit ke-44’.

Bersambung babak kedua,skuad P Maniam yang bermula garang memimpin perlawanan menerusi jaringan K Gurusamy pada minit ke-64'sebelum Sony Norde menyamakan kedudukan pada minit ke-76’.