Kereta mewah terjunam sungai, peniaga kafe selamat

Kereta Mercedes E250 yang dipandu lelaki berusia 37 tahun terjunam dalam Sungai Nibong, di sini, pada petang Selasa.
Kereta Mercedes E250 yang dipandu lelaki berusia 37 tahun terjunam dalam Sungai Nibong, di sini, pada petang Selasa.
A
A
A

MELAKA - Sebuah kereta mewah yang dipandu peniaga kafe terjunam dalam Sungai Nibong di sini, pada petang Selasa ketika ingin memberi laluan kepada kenderaan lain.

Mangsa, Liow Shang Kang, 37, yang memandu kereta jenis Mercedes E250 bagaimanapun berjaya keluar dari keretanya untuk menyelamatkan diri dalam kejadian jam 4.20 petang itu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa yang beralamat di Sungai Udang dipercayai dari arah Batu Berendam dan menggunakan laluan sempit di Jalan Sungai Nibong itu untuk ke Taman Kerjasama, Bukit Beruang.

Menurutnya, ketika melalui jalan itu, mangsa memberi laluan kepada kenderaan lain dari arah bertentangan sebelum kenderaannya tergelincir ke dalam sungai.

"Bagaimanapun mangsa dapat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Peraturan 10LN 166/59," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.