Ibu dipenjara 20 tahun bunuh dua anak akibat masalah kewangan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEOUL - Seorang ibu berusia 41 tahun dijatuhi hukuman penjara 20 tahun pada Rabu kerana membunuh dua anak lelakinya berumur 8 dan 7 tahun akibat dihimpit masalah kewangan.

Sebuah mahkamah di selatan Seoul mendapati tertuduh, yang identitinya dirahsiakan, bersalah membunuh anaknya di rumahnya pada April lalu, menurut Agensi Berita Yonhap.

Dia kemudian cuba membunuh diri tetapi gagal.

"Defendan menjalani kehidupan yang sukar dan dilanda kebimbangan tetapi mahkamah tidak menerima alasan tertuduh," menurut mahkamah itu.

Mahkamah turut memaklumkan bahawa tertuduh tidak berusaha untuk mengatasi kesukaran hidup seperti mencari pekerjaan atau mendapatkan bantuan psikoterapi. - Bernama