Manchester United menang lagi

Martial meraikan jaringan bersama-sama pemain Manchester United ketika perlawanan persahabatan menentang Crystal Palace di Melbourne Cricket Ground, Melbourne. - Foto AFP
Martial meraikan jaringan bersama-sama pemain Manchester United ketika perlawanan persahabatan menentang Crystal Palace di Melbourne Cricket Ground, Melbourne. - Foto AFP
A
A
A

PENYERANG Manchester United, Anthony Martial mempamerkan ketajamannya apabila menambah koleksi jaringan ketiga dalam siri persahabatan The Red Devils ketika menewaskan Crystal Palace 3-1 di Melbourne Cricket Ground, Australia.

Kemenangan di hadapan 76,499 penonton itu meneruskan permulaan cemerlang pengurus baharu Erik ten Hag selepas kemenangan bergaya ke atas Melbourne Victory (4-1) dan Liverpool (4-0) di Bangkok minggu lalu.

Martial, yang dipinjamkan ke kelab La Liga Sepanyol, Sevilla pada jendela perpindahan Januari, menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-17’ telah menjaringkan gol dalam ketiga-tiga perlawanan dalam jelajah Asia.

Dia turut membantu dalam kedua-dua gol separuh masa kedua untuk Marcus Rashford (48’) dan Jadon Sancho (59’) sebelum The Eagles

kendalian Patrick Vieira mengurangkan defisit hasil tandukan Joel Ward minit ke-74’ yang menewaskan penjaga gol David de Gea.

Bagaimanapun Manchester United terpaksa bermain 10 pemain pada minit ke-84’ apabila pemain pertahanan gantian berusia 19 tahun, Will Fish, dilayangkan kad merah selepas mengasari Victor Akinwale di luar kotak penalti.

The Red Devils yang menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu, gagal layak ke Liga Juara-Juara, bakal menamatkan siri jelajah Australia apabila berdepan Aston Villa di Perth pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: