Polis terima 11 laporan

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 11 laporan polis diterima berkaitan PRK Dun Rantau selepas proses penamaan calon 31 Mac lalu.

Pegawai Media PDRM PRK Rantau, Deputi Superintendan Ahmad Jamaludin berkata, daripada jumlah itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

"Antara kesalahan dilakukan adalah berkempen tanpa permit dan disebabkan itu kertas siasatan dibuka untuk tindakan lebih lanjut.

"Sehingga hari ini (semalam), PRK Rantau berjalan dengan aman. Tiada sebarang ancaman mahu pun kes besar dilaporkan berlaku sejak 31 Mac lalu," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, semalam.

Ahmad berkata, sehingga semalam, pihaknya telah menerima 15 permohonan permit daripada pihak yang bertanding untuk mengadakan ceramah umum dan walkabout.

"Daripada jumlah itu, BN telah membuat lapan permohonan, manakala PH sebanyak tujuh permohonan. Tiada sebarang permohonan daripada calon Bebas," katanya.

Artikel Berkaitan: