Buffon akui Ronaldo rakan sepasukan 'kamcing'

Ronaldo dan Buffon ketika menggalas cabaran bersama Juventus.
Ronaldo dan Buffon ketika menggalas cabaran bersama Juventus.
A
A
A

LEGENDA Juventus, Gianluigi Buffon mendedahkan bahawa bintang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo adalah antara lima rakan sepasukan terbaiknya.

Buffon yang kini kapten kelab Serie B Parma, berusia 44 tahun itu dikaitkan dengan pemenang Ballon d'Or lima kali tersebut sekembalinya dari kelab Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG), meraih dua gelaran Serie A dan Piala Itali bersama Juventus sebelum Ronaldo memilih kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021/22.

Ronaldo yang menjaringkan 101 gol dalam 134 penampilan untuk The Old Lady merupakan salah seorang daripada lima bekas rakan sepasukan bukan Itali dipuji Buffon selain Lilian Thuram, Neymar, Kylian Mbappe dan Zlatan Ibrahimovic.

"Saya tidak memilih mereka hanya disebabkan terpengaruh gaya kehidupan masing-masing pada ketika itu.

"Malah, saya tidak boleh menamakan lima penyerang terbaik dari Itali kerana saya akan memilih 108 pemain.

"Namun bagi pemain bukan dari Itali, saya akan pilih Thuram, Neymar, Mbappe, CR7 (Cristiano Ronaldo) dan Ibrahimovic," kata Buffon.

Ronaldo mengakhiri tempoh tiga tahun di Turin musim panas lalu, sebelum kembali menyertai semula Manchester United dengan harapan tinggi dalam kalangan penyokong di Old Trafford.