Syed Saddiq hadir Festival Bon Odori, tak nampak unsur keagamaan

Syed Saddiq hadir ke Festival Bon Odori. - Foto FB Syed Saddiq
Syed Saddiq hadir ke Festival Bon Odori. - Foto FB Syed Saddiq
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau hadir ke Festival Bon Odori di sini bagi melihat sendiri bagaimana sambutan itu diraikan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab komen seorang netizen selepas memuat naik gambar kehadirannya di festival berkenaan di Facebook pada Ahad.

"Saya pergi untuk lihat sendiri. Rata-rata memang meraikan perbezaan kebudayaan.



Syed Saddiq hadir ke Festival Bon Odori. - Foto FB Syed Saddiq
Syed Saddiq hadir ke Festival Bon Odori. - Foto FB Syed Saddiq

"Yang pergi pun ramai nak cuba makanan Jepun dan luangkan hari Sabtu dengan keluarga dan kawan-kawan.

"Saya pun tak ada paksa untuk sesiapa pergi tapi lebih baik untuk lihat sendiri bagaimana," katanya.

Festival Bon Odori Ke-46 berlangsung selama dua hari pada Sabtu dan Ahad ini di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Seksyen 21.

Festival itu menjadi polemik apabila kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad kajian yang dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati program tersebut mempunyai unsur keagamaan.

Dalam hantaran di Facebook, Syed Saddiq berkata, ketika hadir ke festival berkenaan, beliau melihat sebaliknya berbanding apa yang dikatakan oleh Idris.

"Rata-rata yang datang hanya nak menghargai perbezaan budaya. Sempat juga saya bertegur sapa kepada yang hadir. Sambil tu saya bertanya kenapa hadir ke Bon Odori?

"Rata-rata menjawab, hanya nak meluangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan sambil meraikan budaya Jepun.



Syed Saddiq berkongsi foto bersama ahli Muda yang hadir pada festival itu. - Foto FB Syed Saddiq
Syed Saddiq berkongsi foto bersama ahli Muda yang hadir pada festival itu. - Foto FB Syed Saddiq

"Tapi jawapan yang paling banyak saya dapat sebab nak cuba makanan Jepun yang ada di sana," ujarnya.

Kata Ahli Parlimen Muar itu lagi, walaupun berlainan agama dan budaya, hubungan erat Malaysia dan Jepun dapat dilihat dalam festival tersebut.