Jepun berkabung demi Shinzo Abe

Orang ramai berkumpul melihat kenderaan membawa mayat Abe melepasi jalan raya di Tokyo. - AFP
Orang ramai berkumpul melihat kenderaan membawa mayat Abe melepasi jalan raya di Tokyo. - AFP
A
A
A

TOKYO - Keluarga dan rakan-rakan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang ditembak mati memberi penghormatan terakhir pada Isnin lalu di Tokyo ketika diplomat tetinggi Washington memuji mendiang sebagai ‘seorang lelaki berwawasan tinggi’.

Sementara itu, gabungan parti pemerintah Jepun mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya ‘suram’, hanya dua hari selepas Abe ditembak mati semasa menjalankan kempen partinya di bandar Nara, barat Jepun.

Mayat Abe dipindahkan dari rumah keluarganya ke kuil Zojoji pada Isnin sebelum dikebumikan dalam upacara secara tertutup pada Selasa.

Sebuah kenderaan membawa mendiang Abe meninggalkan Kuil Zojoji di Tokyo. - AFP
Sebuah kenderaan membawa mendiang Abe meninggalkan Kuil Zojoji di Tokyo. - AFP

Penduduk Jepun berbaris di jalan raya di Tokyo dengan membawa jambangan bunga dan melambai tangan bagi mengucapkan selamat tinggal kepada bekas Perdana Menteri yang pernah berkhidmat sejak tahun 2012 hingga 2020.

Selepas kenderaan membawa mayat Abe melewati jalan raya utama yang dipenuhi orang ramai, ia kemudian bergerak melawat beberapa mercu tanda politik termasuk Parlimen, pejabat Perdana Menteri dan ibu pejabat parti pemerintah, Parti Demokratik Liberal (LDP).

Orang ramai memberi penghormatan terakhir di Stesen Yamato-Sendai
di Nara, lokasi Abe ditembak. - AFP
Orang ramai memberi penghormatan terakhir di Stesen Yamato-Sendai di Nara, lokasi Abe ditembak. - AFP

“Saya tidak dapat menahan sedih, jadi saya datang ke sini untuk meletakkan bunga sebagai penghormatan terakhir kepadanya,” kata perunding, Tsukasa Yokawa, 41, memberitahu AFP dan menyifatkan Abe berasal dari bandar Shinjuku adalah seorang Perdana Menteri yang hebat dan menaikkan nama Jepun di seluruh dunia.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken yang membuat lawatan tidak rasmi ke Jepun sebelum itu turut menyampaikan ucapan takziah dari Washington.

Seorang lelaki warga Jepun memberi penghormatan kepada mendiang Abe di Medan, Indonesia. - AFP
Seorang lelaki warga Jepun memberi penghormatan kepada mendiang Abe di Medan, Indonesia. - AFP

Beliau sempat menyerahkan surat daripada Presiden AS, Joe Biden kepada Perdana Menteri Fumio Kishida untuk diberikan kepada keluarga Abe dan menyatakan kedatangannya ke sini adalah sebagai ‘rakan karib’.

Dalam pada itu, lelaki yang didakwa membunuh Abe, Tetsuya Yamagami, 41, telah ditahan polis telah berkata bahawa dia menyasarkan pemimpin itu kerana terbabit dalam sebuah pertubuhan keagamaan.

Media Jepun melaporkan, Yamagami menyalahkan kumpulan itu kerana menjadi punca masalah kewangan keluarga kerana ibunya telah mendermakan sejumlah besar wang ke pertubuhan itu.

Suspek, Tetsuya Yamagami (kanan), berjaya ditahan sejurus menembak Abe. - AFP
Suspek, Tetsuya Yamagami (kanan), berjaya ditahan sejurus menembak Abe. - AFP

Sebuah gerakan keagamaan global, Unification Church yang diasaskan di Korea Selatan pada tahun 1950-an berkata, ibu Yamagani adalah salah seorang daripada anggota mereka.

Yamagani juga dipercayai pernah berkhidmat selama tiga tahun dalam tentera laut Jepun telah menonton saluran video YouTube bagi membantunya membuat senapang buatan sendiri untuk digunakan dalam serangan bersenjata dianggap paling berdarah itu. - AFP