Guru KAFA direman kes hempas murid hingga patah kaki

Suspek tiba di Mahkamah Kuala Terengganu pada pagi Jumaat.
Suspek tiba di Mahkamah Kuala Terengganu pada pagi Jumaat.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) direman selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad bagi membantu siasatan berhubung kejadian menimpa seorang murid sehingga patah kaki sebelah kanan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Rabiatul Adawiyyah Che Khalid terhadap lelaki berusia 37 tahun itu mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Suspek tiba di pekarangan Mahkamah Kuala Terengganu jam 10.30 pagi tadi dengan berbaju Melayu berwarna ungu dan berseluar lokap oren.

Suspek ditahan pada pagi Jumaat, selepas mangsa yang berusia sembilan tahun mendakwa dihempas suspek hingga mengalami patah kaki dalam kejadian di sebuah sekolah di daerah Marang pada 6 Julai lalu.

Kejadian menimpa mangsa disedari ibunya, kira-kira jam 5 petang pada hari sama selepas anaknya mengadu kakinya sakit.