Rooney pertimbangkan bawa masuk Lingard

Lingard. - foto Getty Images
Lingard. - foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI DC United, Wayne Rooney sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Jesse Lingard untuk bersamanya dalam saingan Liga Utama Amerika Syarikat (MLS).

Menurut Rooney, kontrak Lingard bersama The Red Devils diberitakan bakal tamat pada musim panas ini dilihat sebagai pemain yang mampu mengukuhkan lagi jentera serangan skuad Black and Red itu.

“Saya telah pun menghubungi Lingard dan bercakap mengenai kemungkinan kehadirannya bersama-sama kami dalam saingan MLS.

“Bagaimanapun setakat ini masih belum ada sebarang kata putus yang dapat dicapai antara kami namun mungkin sesuatu keputusan akan dapat dicapai dalam tempoh terdekat.

“Ringkasnya kehadiran Linggard akan memberikan lebih banyak pilihan di bahagian tengah selain membantu jentera serangan secara konsisten,” katanya.

Untuk rekod, Rooney yang dilantik selaku pengendali DC United 12 Julai lalu setelah meninggalkan kelab Liga Kejuaraan, Derby County, bulan lalu.

Mengulas mengenai keputusannya memilih melatih DC United, bekas penyerang Manchester United dan Everton itu berkata, dia memilih kelab berkenaan dalam usaha mengembangkan kerjayanya selaku pengurus pasukan bola sepak.

Malah, Rooney turut berazam untuk membantu DC United bangkit dari kedudukan tercorot saingan Liga MLS ketika ini dengan membentuk skuad yang mantap dengan dibantu beberapa pemain Jesse Lingard yang difahamkan turut menjadi buruan kelab-kelab MLS seperti LA Galaxy dan Inter Miami.

“Saya merancang untuk membentuk skuad DC United yang mantap selepas ini dan kehadiran Lingard dilihat akan banyak membantu menjayakan perancangan saya itu,” katanya.