SPR tentukan tarikh PRK Sandakan Jumaat ini

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 5 April ini untuk membincangkan tarikh penting untuk PRK Sandakan.

Setiausahanya, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohammad Ariff Md Yusof pada 29 Mac 2019 berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Sandakan.

Ia susulan pemergian Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Stephen Wong Tien Fatt, 65, merangkap Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, di sini, Khamis lepas.

“Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya itu.

“Mesyuarat juga akan membincangkan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut. Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mesyuarat tersebut akan diadakan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya bermula jam 9 pagi.

Stephen Wong memenangi kerusi Sandakan sejak PRU13 lalu dan menang sekali lagi pada PRU14 dengan Majoriti 10,098 undi selepas menewaskan calon daripada BN.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Sabah itu meninggal dunia akibat serangan jantung.

Artikel Berkaitan: