Pusat Asuhan Harian MBSB Bank

A
A
A
Fasiliti yang terdapat di Pusat Asuhan Harian MBSB Bank.

Pusat asuhan itu diwujudkan di tingkat bawah tanah Menara MBSB Bank di Petaling Jaya dan mula beroperasi pada 1 April 2022.

Bantuan dalam penjagaan anak mempengaruhi keupayaan wanita untuk kekal bekerja atau kembali semula ke pasaran buruh serta pencapaian mereka dalam kerjaya.

Penemuan utama dalam penyelidikan (oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) ialah wanita yang tiada pilihan penjagaan anak mempunyai kebarangkalian tidak kembali bekerja 95 peratus berbanding yang ada sokongan.

Perkara itu mengakibatkan Malaysia selama bertahun-tahun antara negara yang merekodkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita (FLPR) terendah dalam perkumpulan ASEAN, satu masalah yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.