Veteran ATM terima RM500 menjelang Aidilfitri

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan pemberian insentif RM500 kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata, insentif itu akan diberikan menjelang hari raya Aidilfitri, melibatkan 159,368 veteran ATM berpencen dan tidak berpencen.

"Pemberian ini merupakan sebagai penghargaan berterusan daripada kerajaan PH kepada veteran ATM di atas kesetiaan dan pengorbanan mereka kepada negara. "Ianya adalah usaha berterusan kerajaan untuk menjaga kebajikan semua golongan veteran ATM," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Untuk itu katanya, kerajaan memperuntukan RM79.68 juta agihan secara one-off.

"Bagi melaksanakan inisiatif ini, jumlah penerima ini adalah jauh lebih tinggi berbanding hanya seramai 43,000 orang Veteran ATM Tidak Berpencen sahaja yang menerima inisiatif di bawah Bantuan Bakti Negara pada 2017," katanya.

Jelasnya, pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan inisiatif ini dimana permohonan untuk Bantuan Harapan Negara akan dibuka, mulai 14 April 2019.

"Insya-ALLAH pembayaran akan mula dilaksanakan pada 27 Mei 2019. Adalah diharapkan pembayaran inisiatif ini akan dapat meringankan bebanan veteran yang terlibat terutamanya semasa menghadapi sambutan bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya.

Artikel Berkaitan: