Dua maut helikopter terhempas di Laut Aegean

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

ANKARA - Dua maut selepas sebuah helikopter yang terlibat dalam misi memadam kebakaran di Pulau Sisam, Greece terhempas di Laut Aegean, menurut Agensi Anadolu.

Sementara itu, juruterbang dan seorang penumpang dijumpai selamat selepas helikopter jenis Mi-8 itu terjunam ke dalam laut di sekitar kepulauan itu, menurut EPT News.

Helikopter itu membawa seorang rakyat Romania, dua Moldovan, dan seorang penterjemah.

Menurut seorang saksi, helikopter itu terhempas ketika cuba mendapatkan bekalan air dari kawasan itu, manakala saksi lain memaklumkan helikopter itu gagal mengekalkan altitud lalu terjunam. - Bernama