Agong berkenan kurnia sumbangan kepada asnaf terjejas banjir

Sumbangan disampaikan Setiausaha Sulit Kanan baginda, Kol (B) Datuk Nazim Mohd Alim. - Foto Facebook Istana Negara
Sumbangan disampaikan Setiausaha Sulit Kanan baginda, Kol (B) Datuk Nazim Mohd Alim. - Foto Facebook Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga asnaf di Kampung Iboi, Baling, Kedah yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

Istana Negara menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya memaklumkan sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit Kanan baginda, Kol (B) Datuk Nazim Mohd Alim, pada Rabu.

"Seri Paduka menzahirkan harapan semoga kurniaan baginda itu dapat membantu mengurangkan beban mereka,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Seri Paduka turut bertitah Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara yang diketuai Juruiring Tentera Udara baginda, Brig Jen Datuk Mohamed Zahari Yahya untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan.

Kejadian banjir dan fenomena kepala air pada 4 Julai lepas mengorbankan tiga nyawa selain menjejaskan 41 kawasan di daerah itu. - Bernama