Conte puji aksi sulung Richarlison

Richarlison ketika beraksi menentang K-League XI di Stadium Piala Dunia Seoul, pada Rabu.
Richarlison ketika beraksi menentang K-League XI di Stadium Piala Dunia Seoul, pada Rabu.
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte memuji aksi pemain baharunya, Richarlison apabila turun pada penampilan sulungnya ketika menewaskan K-League XI 6-3 pada Rabu.

Conte menyifatkan Richarlison sebagai seorang pemain berbakat yang mampu bermain lebih daripada satu posisi, sekali gus memberi kelebihan kepada pasukannya.

“Pada perlawanan ini, saya melihat banyak perkara positif tentang Richarlison. Pada separuh masa pertama, dia bermain sebagai pemain nombor sembilan dan pada separuh masa kedua, dia bermain di sebelah kanan dan di belakang penyerang.

“Saya fikir dia kuat dari segi fizikal dan mempunyai personaliti perwatakan, dan kualiti yang baik. Ketika ini, kami sedang mempersiapkannya untuk memahami cara permainan kami supaya dia biasa dengan taktikal yang akan digunakan.

“Dalam masa sama, kami juga perlu memastikan dia sentiasa cergas. Tetapi yang pasti dia pemain yang memberikan saya kedudukan penting di hadapan,” katanya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Piala Dunia Seoul, tonggak serangan Spurs, Harry Kane dan Son Heung-min masing-masing mencetak dua gol dan satu jaringan Eric Dier.

Manakala jaringan K-League disumbangkan oleh Cho Gue-Sung, Lars Veldwijk, dan Jun Amano.