Sterling pilih Chelsea

Sterling kini bersama Chelsea.
Sterling kini bersama Chelsea.
A
A
A

TEKA-teki destinasi penyerang sensasi England, Raheem Sterling akhirnya terjawab apabila bintang The Three Lions itu mengambil keputusan menyertai kelab London, Chelsea dari juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Perkara itu disahkan Chelsea selepas mengikat pemain berusaha 27 tahun tersebut dengan kontrak lima tahun dari kelab Manchester tersebut.

“Sejujurnya saya telah mencapai banyak kejayaan yang boleh dibanggakan dalam karier saya setakat ini, namun sebenarnya masih banyak lagi yang perlu dicapai dan saya tidak sabar untuk meraihnya dengan memakai jersi Chelsea...

"London pula adalah rumah saya dan di mana semuanya bermula di sini, dan ia lebih menakjubkan apabila saya kini berpeluang untuk bermain di hadapan rakan-rakan dan keluarga minggu demi minggu di Stamford Bridge," kata Sterling.

Untuk rekod, Sterling menjadi pemain pertama Chelsea di bawah pemilikan baharu diketuai Todd Boehly dan Clearlake Capital, yang secara rasmi mengambil alih kelab milik Roman Abramovich dari Rusia pada akhir Mei lalu.

Sterling sebelum ini telah bermain 47 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Manchester City musim lalu, menjaringkan 17 gol dan sembilan bantuan gol.

Selepas memulakan karier seniornya bersama Liverpool, Sterling berpindah ke City pada Julai 2015, membuktikan dirinya sebagai pemain pilihan di barisan hadapan kelab Manchester itu, menjaringkan 131 gol dalam 339 perlawanan untuk skuad Pep Guardiola.