Lelaki maut tercampak, kereta terbakar

Keadaan kenderaan yang dipandu mangsa terlibat dalam kemalangan di kilometer 303.4 Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban di sini pada Rabu.
Keadaan kenderaan yang dipandu mangsa terlibat dalam kemalangan di kilometer 303.4 Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban di sini pada Rabu.
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan sebelum terbakar di kilometer 303.4 Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada jam 1.30 petang.

"Siasatan awal mendapati mangsa berusia 30-an itu memandu sebuah kereta dari rumahnya di Taman Overseas Union, Kuala Lumpur menghala ke rumah rakannya di Seremban.

"Mangsa dipercayai telah gagal mengawal kenderaannya sehingga terbabas melanggar besi pembahagi jalan di sebelah kiri jalan dan kereta tersebut terbakar.

"Akibat daripada kemalangan itu, mangsa tercampak di atas jalan menyebabkannya cedera parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Zaid berkata, punca sebenar kemalangan sama ada terdapat kecuaian daripada pemandu atau sebaliknya masih disiasat.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.