Cemas anak terperangkap dalam kereta

Pasukan bomba sedang melakukan operasi menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang terkunci dalam kereta.
Pasukan bomba sedang melakukan operasi menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang terkunci dalam kereta.
A
A
A

MELAKA - Seorang wanita berdepan detik cemas selepas anak perempuannya berusia dua tahun terperangkap di dalam sebuah kereta di parkir rumah di Taman Kesidang, Bachang di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Rahim Ismail berkata, sepasukan anggota serta pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.34 pagi.

"Setiba di lokasi kita dapati seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terkunci dalam sebuah kereta jenis Honda Civic.

Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berjaya diselamatkan pihak bomba.
Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berjaya diselamatkan pihak bomba.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa sembilan minit dan diserahkan semula kepada keluarga dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, ibu kanak-kanak terbabit memaklumkan kereta terkunci secara automatik ketika dia keluar sebentar dari kenderaan itu untuk mengambil barang di dalam rumah.