[VIDEO] Perjanjian sulit terbatal, Muhyiddin patut ‘tekan butang’

Shahrir Samad
Shahrir Samad
A
A
A

SHAH ALAM - Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abd Samad membangkitkan persoalan mengenai status semasa perjanjian sulit dilakukan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismal Sabri Yaakob bersama Perikatan Nasional (PN) berkaitan Timbalan Perdana Menteri.

Ini kerana menurut beliau, pendedahan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan perkara tersebut menyebabkan perjanjian sulit berkaitan sokongan terhadap Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri terbatal.

“Semuanya sudah jelas sekarang. Rupanya ada perjanjian sulit untuk Tan Sri Muhyiddin dan Bersatu menyokong Datuk Seri Ismail Sabri jadi PM. Ianya begitu sulit sehingga kepimpinan UMNO tidak tahu dan begitu juga kepimpinan Pas.

“Dari UMNO, hanya Datuk Seri Ismail dan Tan Sri Annuar Musa yang terlibat. Tan Sri Annuar terlibat sebagai saksi. Bagi Pas pula, hanya Datuk Seri Takiyudin Hassan (Setiausaha Agung Pas) yang tahu.

“Tapi, kerana ianya perjanjian sulit, Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang) pun tak boleh tahu. Tapi kalau sudah didedahkan sedangkan ianya suatu perjanjian yang sulit, adakah perjanjian itu terbatal?” soal beliau menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu pada Isnin dilaporkan berkata, Abdul Hadi perlu merujuk kepada Takiyuddin mengenai kewujudan perjanjian jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin
Muhyiddin

Menurut bekas Perdana Menteri itu, Takiyuddin ialah individu yang menggubal draf perjanjian berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Hadi menafikan kewujudan perjanjian pelantikan Timbalan Perdana Menteri dalam PN, namun beliau mengakui perkara itu dibincangkan di antara PN dengan Ismail Sabri dengan tiada kata putus yang dicapai keputusan dicapai.

Mengulas lanjut, Shahrir yang juga Ketua Bahagian UMNO berkata, setakat ini, hanya Muhyiddin yang mendedahkan mengenai perjanjian tersebut manakala Ismail Sabri, Annuar dan Takiyuddin masih berdiam diri mengenai isu berkenaan.

Disebabkan itu, bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, secara logiknya, Muhyiddin dan Bersatu sepatutnya ‘menekan butang’ dengan menarik sokongan terhadap Ismail Sabri.

“Iaitu lebih kurang samalah dengan 'menekan butang' seperti diugut terhadap kerajaan campuran BN-PN Johor satu ketika dulu semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan sebelum PRN Johor.

“Perjanjian sudah terbatal. Memorandum Persefahaman (MoU) pun dah tamat. Kenalah tekan butang,” ujarnya.



BERITA SEMASA 12 JULAI 2022

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abd Samad membangkitkan persoalan mengenai status semasa perjanjian sulit dilakukan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Perikatan Nasional berkaitan Timbalan Perdana Menteri.

Menurutnya hal ini kerana pendedahan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan perkara tersebut menyebabkan perjanjian sulit berkaitan sokongan terhadap Datuk seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri terbatal.

Muzik: www.bensound.com

Baca artikel penuh: https://bit.ly/3nVWwjw

#Beritasemasa #UMNO #TPM #SinarHarian" />