[VIDEO] Perjanjian lantik TPM memang wujud: Muhyiddin

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

IPOH - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan wujudnya perjanjian pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang turut disaksikan oleh Pas ketika ia dimeterai.

Menurutnya, draf perjanjian yang digubal oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan itu dimeterai beliau sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan disaksikan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Katanya, perjanjian itu diketahui oleh semua pimpinan tertinggi PN.

"Sebenarnya ada perjanjian.

Kehadiran kita dalam kerajaan sekarang ini pun atas dasar PN bukan atas nama parti sahaja.

Ia ada komponen parti antara contoh selain jawatan TPM ialah bilangan jawatan dalam kabinet.

"Kalau lihat sewaktu saya keadaan tidak banyak berubah.

Itu antara perjanjian supaya Pas ada kuota iaitu tiga, kita ada 10 manakala UMNO ada bilangannya.

Itu sebahagian perjanjian.

"Sebab itu apabila ada kes Datuk Zuraida Kamaruddin keluar Bersatu sewajarnya kuota itu diisi oleh Ahli Parlimen Bersatu," katanya ketika mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa tiada sebarang perjanjian dibuat berhubung pelantikan jawatan itu dalam PN.

Muhyiddin beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Kenduri Rakyat Aidiladha PN Perak di Manjoi, Ipoh pada Isnin.
Muhyiddin beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Kenduri Rakyat Aidiladha PN Perak di Manjoi, Ipoh pada Isnin.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Kenduri Rakyat Aidiladha PN Perak di Manjoi di sini pada Isnin.

Hadir sama, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Kata Muhyiddin, pihaknya tidak menuntut lebih daripada perjanjian yang telah dipersetujui sebelum ini.

"Yang kita kemukakan kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah perkara-perkara yang termaktub dalam perjanjian itu yang mana ketika PM tandatangan disaksikan Annuar Musa dan saya sebagai PN disaksikan Hamzah.

Ramai lagi yang hadir.

"Perjanjian itu disimpan oleh pimpinan-pimpinan parti.

Mungkin Tok Guru (Abdul Hadi) boleh semak kembali dengan Takiyuddin memang ada perjanjian kita itu.

Itu kenyataan sebenar," katanya.