Aidiladha Mangsa Banjir

No Image Caption
A
A
A

Ahli keluarga penduduk Kampung Iboi, Norhayati Ismail, 38, menunaikan solat Maghrib ketika ditemui di tapak khemah sementara berhampiran rumahnya yang roboh berikutan berlakunya banjir dan fenomena kepala air pada Isnin lepas di Baling.

Norhayati berkata kebiasaanya pada hari raya, beliau berkumpul bersama ahli keluarganya sambil menikmati juadah seperti ketupat, lemang dan rendang.

Namun, pada tahun ini semua itu terpaksa dilupakan memandangkan beliau kini tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya yang terletak berhampiran Sungai Kupang musnah sepenuhnya dalam kejadian itu. - Foto Bernama