Agong tunai solat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan

Yang di-Pertuan Agong (empat, kanan) berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota pada Ahad. -Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong (empat, kanan) berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota pada Ahad. -Foto Bernama
A
A
A

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama ribuan jemaah di Masjid Tengku Ampuan Afzan di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 8.20 pagi yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah disambut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut berada di masjid ialah barisan pentadbiran negeri dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Solat sunat tersebut dipimpin oleh imam besar masjid Mohd Hafidz Suhailie yang turut menyampaikan bacaan khutbah Aidiladha.

Selesai solat, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal berkenan menyaksikan ibadah korban yang berlangsung di pekarangan masjid yang turut melibatkan lembu sumbangan Seri Paduka. - Bernama

Artikel Berkaitan: