Tiada wakil negara di pentas final Masters Malaysia

Aksi beregu badminton lelaki Malaysia, Soh Wooi Yik dan Aaron Chia ketika menentang pemain Indonesia, Fajar Alfian dan M Ardianto pada perlawanan separuh akhir badminton 'Perodua Malaysia Masters 2022' di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama

A
A
A

CABARAN Malaysia pada kejohanan badminton Masters Malaysia 2022 menemui titik nokhtah selepas wakil terakhir negara, dua beregu utama negara,mengalami kekalahan di peringkat separuh akhir di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal dalam misi memburu gelaran utama di laman sendiri apabila tewas 14-21, 21-19, 10-21 kepada naib juara Terbuka Malaysia, minggu lepas, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia.

Pasangan Fajar-Muhammad akan bertemu rakan senegara, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan di pentas final esok selepas ‘The Daddies’ menumpaskan beregu China yang semakin meningkat, Liang Wei Keng-Wang Chang, 21-10, 21-19.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Aaron berkata mereka berada di bawah tekanan tinggi pada selang set penentuan selepas ketinggalan 2-11 sebelum akur kepada gandingan Indonesia itu.

Wook Yik, sebaliknya, berkata mereka telah belajar satu pengajaran hebat dan kini menjadikan rekod terikat 3-3 dalam enam pertemuan antara mereka.

Reaksi kecewa beregu badminton wanita Malaysia Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan setelah tewas menentang pemain China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan pada perlawanan separuh akhir badminton 'Perodua Malaysia Masters 2022' di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama

Ini merupakan kekalahan separuh akhir kedua berturut-turut selepas gandingan di ranking keenam dunia itu tewas kepada beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, 21-23, 9-21 di Terbuka Malaysia, minggu lalu.

Sementara itu, harapan beregu wanita negara,Pearly Tan-Thinaah untuk mara ke final selepas menjuarai Terbuka Swiss 2021 tidak kesampaian selepas kecundang kpada juara dunia dua kali, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.

Selepas tewas mudah 10-21 pada set pembukaan, Pearly-Thinaah bangkit untuk memberi singan sengit sehingga terikat 19-19 pada set kedua tetapi gandingan nombor satu dunia dari China itu bertindak tenang sebelum mengesahkan tempat ke final dengan 21-19.

Qing Chen-Yi Fan akan menentang gandingan Nami Matsuyama-Chiharu Shida pada final esok selepas beregu pilihan keenam kejohanan dari Jepun itu mengalahkan gandingan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong, 24-22, 21-13, dalam satu lagi perlawanan separuh akhir..

Thinaah, berkata sukar untuk mengikut rentak lawan kerana terus memberi tekanan dengan corak permainan pantas.

Berikutan kekalahan itu, Pearly berkata mereka akan mengkaji kesilapan dan kelemahan dan beralih tumpuan kepada Sukan Komanwel di Birmingham, England, mulai 28 Julai hingga 8 Ogoos ini. - Bernama