Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Aidiladha kepada umat Islam

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini. Foto Facebook Istana Negara
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini. Foto Facebook Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT.

"Semoga dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredaan-Nya jua," titah Baginda berdua dalam poster ucapan yang dimuat naik menerusi Instagram Istana Negara.

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha esok. - Bernama