Tidak perlu RCI siasat banjir di Baling: Wan Junaidi

Sebuah rumah ditimbuni kayu balak dan tanah yang dibawa arus berikutan hujan lebat berterusan selama tiga jam yang menyebabkan banjir kilat pada petang Isnin di Kampung Iboi, Kupang. -Foto Bernama. (Gambar dalam : Wan Junaidi )
Kejadian ini turut menyebabkan tiga sekeluarga, termasuk seorang wanita hamil empat bulan dipercayai hilang selepas rumah di diami mereka dihanyutkan arus deras.
Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa banjir dari empat buah kampung iaitu Kampung Iboi dan Kampung Tunjang Luas di Mukim Kupang serta Kampung Sedim dan Kampung Jernang di Mukim Bakai.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Rasidah Kassim berkata tiga PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan Iboi, Sekolah Kebangsaan Syed Sheh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai.
--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sebuah rumah ditimbuni kayu balak dan tanah yang dibawa arus berikutan hujan lebat berterusan selama tiga jam yang menyebabkan banjir kilat pada petang Isnin di Kampung Iboi, Kupang. -Foto Bernama. (Gambar dalam : Wan Junaidi ) Kejadian ini turut menyebabkan tiga sekeluarga, termasuk seorang wanita hamil empat bulan dipercayai hilang selepas rumah di diami mereka dihanyutkan arus deras. Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa banjir dari empat buah kampung iaitu Kampung Iboi dan Kampung Tunjang Luas di Mukim Kupang serta Kampung Sedim dan Kampung Jernang di Mukim Bakai. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Rasidah Kassim berkata tiga PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan Iboi, Sekolah Kebangsaan Syed Sheh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

KUCHING - Tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi melihat isu banjir dan fenomena kepala air di Baling, Kedah baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, sebaliknya perkara lebih penting adalah melihat aspek penguatkuasaan undang-undang sedia ada.

Menurutnya, RCI juga tidak mempunyai kuasa tertentu tetapi hanya mampu mengemukakan cadangan untuk pertimbangan kerajaan.

"RCI tiada kuasa menangkap (pesalah) tetapi hanya buat cadangan dan siasatan mereka biasanya akan memakan masa enam ke tujuh bulan untuk kemuka rumusan dan laporan yang akan dibentang di Parlimen.

"Akhirnya laporan mereka itu akan kembali ke jemaah Menteri untuk memilih apa daripada cadangan itu yang mahu dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis simbolik penyerahan lembu korban bagi Parlimen Santubong pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Isnin lepas, banjir dan fenomena kepala air di Baling, Kedah mengakibatkan tiga nyawa terkorban dan lebih 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan selain 15 rumah musnah dihanyutkan arus deras.

Wan Junaidi berkata, isu utama yang harus dilihat dalam isu banjir di Baling adalah peranan penguat kuasa dalam menjalankan tugas mereka.

"Persoalan kini ialah bagaimana perkara ini boleh berlaku di depan mata kita sendiri, tidak mungkin kita tidak tahu. Di mana letaknya pegawai perhutanan dan pihak penguat kuasa lain. Ini isu bagaimana pihak penguat kuasa menguatkuasakan undang-undang sedia ada. Jangat ada memihak,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan agar satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan isu harga barang, Wan Junaidi berkata, perkara itu tidak perlu.

Jelasnya, ini kerana persidangan Dewan Rakyat sememangnya akan bermula 18 Julai ini dan ahli Parlimen boleh mengemukakan sebarang usul semasa persidangan itu.

"Satu persidangan khas (Parlimen) juga akan melibatkan belanja besar di mana setiap ahli Parlimen dan pegawai perlu dipanggil.

"Pada persidangan (18 Julai nanti) ahli Parlimen boleh bawa usul dan terserah pada Speaker untuk pertimbangkan,” katanya. - Bernama