Pilih doktor untuk ubati kleptokrasi: Wan Azizah

Wan Azizah ketika menyampaikan ceramah di Sri Lalang.
Wan Azizah ketika menyampaikan ceramah di Sri Lalang.
A
A
A

SEREMBAN - Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak pengundi DUN Rantau memilih Dr S Stream sebagai wakil rakyat baharu agar dapat mengubah landskap politik di kawasan itu.

Ini kerana kerajaan telah membuktikan dua pemimpin di peringkat pusat yang mempunyai latar belakang sebagai doktor telah berjaya selesaikan penyakit kleptokrasi.

"Selama 60 tahun BN memerintah banyak penyakit kleptokrasi.

"Kita sudah ada dua doktor di peringkat pusat iaitu saya dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad..

"Sekarang doktor (Streram) ini berada di Rantau (jadi calon). Apa kita mahu lagi. Mahulah (pilih),"katanya ketika berucap pada Ceramah Kelompok di bilik gerakan Jenteran Daerah Mengundi (JDM) di Kampung Sri Lalang, di sini, malam ini.

Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun menyedari sukar untuk menyaingi calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, namun ia bukan mustahil untuk merampas kerusi itu.

"Saya seru kepada pengundi DUN Rantau untuk pilih dan undi calon PH (Streram)," katanya.

Artikel Berkaitan: