Masters Malaysia: Anna-Mei Xing terkandas di suku akhir

Anna-Mei Xing ketika beraksi di suku akhir Master Malaysia 2022. Foto: BAM
Anna-Mei Xing ketika beraksi di suku akhir Master Malaysia 2022. Foto: BAM
A
A
A

HASRAT beregu wanita negara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing untuk terus mencipta kejutan di kejohanan Masters Malaysia 2022, tidak kesampaian selepas tumpas kepada pasangan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pasangan negara itu terpaksa akur tumpas straight set 14-21, 18-21 dalam aksi yang berlangsung selama 44 minit.

Bagi Anna, meskipun tewas, dia tetap gembira dengan pencapaian di Masters Malaysia sambil mengakui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sekiranya mahu beraksi secara konsisten dengan pasangan terbaik dunia.

“Saya rasa permainan kami agak kurang hari ini berbanding semalam. Mungkin ia disebabkan dari segi pergerakan dan corak permainan.

“Pemain lawan seakan sudah dapat membaca cara strategi kami," kata Anna Cheong selepas perlawanan tamat perlawanan.

Sementara itu, bagi Mei Xing dia nyata kecewa apabila gagal meloloskan diri ke pusingan separuh akhir sambil mengakui punca kekalahannya pada hari ini disebabkan dirinya terlampau banyak berfikir di dalam gelanggang.

“Masa mereka mendahului kembali di set kedua, saya terlalu banyak berfikir. Saya sebenarnya memang mahu buat lebih baik tapi lebih banyak melakukan kesilapan.

“Saya rasa tidak puas hati dengan pencapaian ini walaupun di Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia melakukan kejutan menumpaskan pemain ranking lebih tinggi," katanya.