PM ucap takziah atas pemergian Shinzo Abe

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan Jepun dan seluruh rakyatnya . Gambar kanan : Laporan Sinar Harian.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan Jepun dan seluruh rakyatnya . Gambar kanan : Laporan Sinar Harian.
A
A
A

ANKARA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada kerajaan Jepun dan seluruh rakyatnya di atas pemergian mantan Perdana Menteri, Shinzo Abe.

"Saya berasa amat sedih apabila mendengar perkhabaran duka berhubung insiden melibatkan mantan Perdana Menteri, Shinzo Abe, yang baru saya temui pada awal tahun ini sebagai Utusan Khas Tuan Yang Terutama," katanya pada wartawan Malaysia di sini pada Jumaat.

Ismail Sabri yang dalam rangka lawatan rasmi ke Turkiye berkata, beliau berharap agar keluarga mendiang dan seluruh rakyat Jepun tabah menghadapi dugaan dalam suasana sedih serta pilu ini.

Katanya, Abe telah memainkan peranan yang penting dalam hubungan erat antara Malaysia dan Jepun, dan merupakan pendukung utama Dasar Pandang ke Timur.

Abe, 67, 'ditembak dari belakang' ketika sedang berucap dalam satu kempen politik di bandar raya Nara, dan penyerang beliau sudah ditahan.

Jepun akan mengadakan pilihan raya Senat pada Ahad dan Abe berkempen untuk calon Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah.

Abe merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat, pertama pada 2006 dan sekali lagi dari 2012 hingga 2020. - Bernama