Suarez tak jadi sertai River Plate

Suarez
Suarez
A
A
A

PENYERANG Uruguay, Luis Suarez membatalkan hasratnya untuk menyertai kelab Argentina, River Plate selepas pasukan itu tersingkir daripada kejohanan Copa Libertadores.

Bekas penyerang Liverpool yang kini yang merupakan ejen bebas selepas meninggalkan Atletico Madrid itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke River selepas mengesahkan telah mendapat tawaran menarik.

“Saya sangat teruja dengan kemungkinan ke River untuk berjuang merebut Copa Libertadores.

“Adalah menjadi impian saya untuk memenangi piala Amerika Selatan. Apabila River tersingkir, segala kemungkinan itu lenyap,” kata Suarez.

Dalam aksi saingan kelab elit Amerika Selatan itu pada Khamis, Rivers tersingkir selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan di tempat sendiri menentang Velez Sarsfield dalam pusingan 16, sekali gus tersingkir 0-1 secara agregat.

Dalam pada itu, Suarez tidak menolak kemungkinan mungkin akan mempertimbangkan untuk beraksi bersama pasukann di negara kelahirannya Uruguay.

“Jika saya berfikir dan teruja tentang kemungkinan ke River, perkara yang sama akan berlaku dengan Nacional yang merupakan kampung halaman saya.

“Bagaimanapun saya terkejut kerana pemimpin Nacional tidak menghubungi saya untuk bertanyakan khabar,” ujarnya.