Duduk rumah boleh jadi sarkas?: Najib

Najib Razak
Najib Razak
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang melahirkan rasa bimbang siaran langsung perbicaraan kesnya bakal menjadikan riuh dan kacau.

“Saya tak faham. Bagaimana pula orang duduk di rumah untuk tonton 'live' boleh menyebabkan perbicaraan mahkamah ini menjadi sarkas? Apa nak takut?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook.

Ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur, Wan Azizah berkata, beliau bimbang siaran langsung perbicaraan kes Najib dijadual bermula Rabu ini menjadikan riuh dan kacau seperti 'persembahan sarkas'.

"Itu bidang kuasa mahkamah, biar mahkamah memutuskannya.

"Walaupun kita merasakan rakyat ingin mengetahui perjalanan perbicaraan Najib, kita tak mahu menjadikannya satu persembahan sarkas," katanya memetik laporan portal Malaysiakini.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib sokong perbicaraannya disiar secara langsung

Saya tak faham. Bagaimana pulak orang duduk di rumah untuk tonton "live" boleh menyebabkan perbicaraan mahkamah ini menjadi sarkas? Apa nak takut?

Posted by Najib Razak on Sunday, March 31, 2019