Isu pelanggan tidak puas hati layanan pegawai JPJ selesai

Pegawai JPJ (dua dari kiri) yang didakwa enggan memproses dokumen kenderaan sudah memohon maaf kepada Qiau Wei (tengah) pada Rabu.
Pegawai JPJ (dua dari kiri) yang didakwa enggan memproses dokumen kenderaan sudah memohon maaf kepada Qiau Wei (tengah) pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Isu mengenai dakwaan pelanggan tidak berpuas hati dengan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bundusan, Sabah kerana enggan memproses dokumen kenderaan, sudah diselesaikan secara baik.

Pelanggan yang dikenali sebagai Qiau Wei berkata, dia sudah berjumpa dengan pegawai JPJ tersebut untuk menyelesaikan berkaitan isu itu pada Rabu.

"Pegawai tersebut telah memohon maaf dan saya dengan seikhlas hati juga menerima permohonan maaf tersebut.

"Kami anggap perkara ini sudah selesai dan saya akan memadamkan dakwaan yang dimuat naik dalam Facebook berkaitan pegawai tersebut," katanya dalam kenyataan di Facebooknya pada Rabu.

Wei berkata, dia sebagai pengguna berharap perkara itu tidak berlaku lagi.

"Kita bersama memudahkan urusan masing-masing kerana hakikatnya kita saling memerlukan antara satu sama lain," ujarnya.

Pada Selasa, Wei mendakwa pegawai JPJ tersebut enggan memproses dokumennya walaupun beliau telah mengikut arahan dan menunggu giliran seperti pelanggan lain.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim ketika dihubungi memaklumkan, JPJ Sabah dan kakitangan yang terlibat sudah membuat permohonan maaf.

"Pengadu juga telah memuat naik di Facebooknya berhubung perjumpaan dia dengan pegawai terlibat," ujarnya.