Banjir: Sukarelawan Rakan Muda diaktifkan

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengaktifkan sukarelawan Rakan Muda untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi banjir di Baling, Kedah.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, mana-mana pihak yang ingin menyertai misi tersebut boleh membuat pendaftaran menerusi pautan https://forms.gle/A1d8HBRo88VJwdN28.

"KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Belia Negeri (MBN) telah mengambil langkah proaktif dengan mengaktifkan misi sukarelawan Rakan Muda bermula malam Isnin," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, sebagai permulaan, seramai 75 sukarelawan dengan kerjasama Majlis Belia Daerah (MBD) Baling telah mula menjalankan kerja-kerja pembersihan di dua lokasi iaitu Kampung Tiak dan Kampung Bok Bak.

"Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, orang ramai boleh berhubung dengan Pegawai Penyelaras PBSD Baling, Encik Farid Zakwan ditalian 04-4701279 atau 018-4689767," katanya.