Antara mitos dan fakta khasiat makan durian

A
A
A

No Image Caption

Bila sebut mengenai durian, kebiasaannya ada dua reaksi; Wowwwww, raja buah! Atau eiiii tak suka, busuk! Tapi hakikatnya ia durian ini memang rasa enak dan penuh dengan kebaikan.

Lagipun rakyat Malaysia memang terkenal sebagai 'hantu durian' sebab itulah walaupun dalam tempoh pandemik di seluruh dunia pada 2020 lalu, rakyat Malaysia telah makan sebanyak 303 juta kilogram yang beratnya lebih daripada 75,000 ekor gajah! Itulah buktinya kecintaan rakyat kita terhadap buah idaman ramai ini.

Walaupun majoriti rakyat berselera besar terhadap semua jenis durian, namun Raja Buah ini juga turut mewujudkan perbezaan besar dalam kalangan penggemarnya bila berbicara tentang rasa, bau dan kandungan lemaknya yang tinggi.

Di sebalik mitos dan cakap-cakap orang, buah berduri kegemaran ramai ini sebenarnya sarat dengan manfat kesihatan yang mungkin masa ramai tidak tahu. Berikut merupakan beberapa manfaat yang perlu diketahui ramai supaya dapat keluar daripada stigma semasa:

1. Buah berkhasiat

Apabila tiba musim durian, ramai yang memburu buah kegemaran itu dan mereka akan pulun durian sampai jadi muak - itulah salah satu sebab kenapa durian dilabelkan sebagai 'tidak menyihatkan'.

Tapi realitinya, durian memang dipenuhi dengan nutrian. Sebagai contoh, di sebalik buah berduri itu, ia mengandungi sejumlah besar lemak sihat seperti alpukat yang membantu badan kita menyerap vitaman seperti vitamin A, D, E dan K. Macam makanan lain pun, kita kena ambil dan makan secara sederhana. (Ada sesiapa nak roti bakar durian?)

Fakta Durian - Pokok durian Musang King yang asli dipercayai berasal dari daerah Gua Musang di Kelantan (maka sebab itulah namanya Musang King)

2. Anda ada penyakit darah tinggi? Maknanya anda kena makan banyak durian

Selain daripada kaya dengan lemak sihat, durian juga merupakan sumber kalim yang amat baik. Makanan yang kaya dengan kalium ini penting dalam menangani tekanan darah tinggi, iaitu penyumbang utama kepada penyakit kardiovaskular.

Kalium juga membantu meredakan ketegangan pada dinding saluran darah anda dan seterusnya dapat membantu menurunkan tekanan darah. Jadi anda boleh jaga kesihatan jantung jika anda ambil dos durian ini secara sihat!

Fakta Durian - Durian D24 juga dikenali sebagai durian 'Sultan' kerana secara turun temurun dikhaskan untuk keluarga diraja kerana bekalannya terhad ketika itu.

3. Anda sakit sendi? Makanlah durian sebiji dua

Durian kaya dengan vitamin C berbanding buah-buahan tropika lain. Vitamin C amat penting sebagai 'pahlawan-pahlawan' yang mempertahankan imunisasi badan kita - kekurangannya boleh menyebabkan kita mudah sakit sendiri dan pengambilan yang mencukupi juga dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan kanser.

Memang banyak sebab untuk anda mengakhiri penjarakan anda dengan durian dan boleh buat ken-durian bersama keluarga.

Fakta Durian: Durian Udang Merah dinamakan sempena bentuk isunya yang melengkung dan berwarna merah jambu seakan-akan udang yang sudah dimasak. (cute kan!)

4. Usus anda ada masalah?

Selain mengandungi serat yang banyak, durian juga kaya dengan gula semula jadi yang menapai selepas terdedah kepada bakteria usus semasa penghadaman. ia bertindakan sebagai agen prebiotik, memberi makan kepada banyak bakteria kecil dalam usus anda, menyokong fungsi pencernaan dan kesihatan kolon.

Fakta Durian - Sama ada anda 'bonding' atau 'berdendam' dengan Raja Durian itu, sudah jelas sekarang ini bahawa terdapat banyak manfaat untuk makan buah terhebat ini. Tetapi sudah tentulah kesederhanaan adalah kunci dalam segala-galanya.

Dapatkan diskaun sehingga 50 peratus jika anda tempahan durian dengan Grab.
Dapatkan diskaun sehingga 50 peratus jika anda tempahan durian dengan Grab.

Musim durian ini, Grab ini membantu rakyat Malaysia mengekalkan hubungan rapat supaya kita semua dapat Menamatkan Jarak Durian!

Jadi tidak kita sama ada anda seorang 'lovers' atau 'haters' durian, Grab mempuntai segala-gala yang anda perlukan; daripada durian segar, pencuci mulut berperisa durian dan juga solusi untuk melawan bau sebagai persediaan menerima kehadiran musim durian.

No Image Caption

Tempahlah variasi kegemaran anda hari ini daripada rakan kongsi Grab seperti Durian Man SS2, Durian Terbaik, Durian Ah Teik dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari #GrabDurian #EndDurianDistancing.