Acara sambutan Ulang Tahun TYT Pulau Pinang ditangguh

Tun Ahmad Fuzi
Tun Ahmad Fuzi
A
A
A

GEORGETOWN - Semua acara sempena sambutan Hari Ulang Tahun Ke-73 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak hanya akan diadakan mulai 21 Julai ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, sambutan ulang tahun Ahmad Fuzi ditetapkan pada 9 Julai ini, namun semua acara ditangguhkan sehingga 21 Julai.

"Ia bagi memberi peluang kepada umat Islam di Pulau Pinang untuk membuat persiapan sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal diraikan pada 10 Julai ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, acara sambutan akan dimulakan dengan majlis kesyukuran pada 21 Julai.

"Ia disusuli dengan Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Tahun 2022 (hari pertama) yang akan diadakan pada 23 Julai.

"Pada hari sama, Jamuan Teh Kerajaan Negeri Sempena Hari Ulang Tahun Ke-73 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang juga akan diadakan," katanya.

Menurutnya, pada 24 Julai pula diadakan Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri.

"Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Tahun 2022 untuk hari kedua akan disambung pada 25 Julai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, istiadat penganugerahan untuk hari ketiga akan diadakan pada 26 Julai.