Warga emas maut, kereta dipandu lawan arus kemalangan

Kereta yang dipandu mangsa bertembung dengan sebuah kereta Honda City di kilometer 32.8 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang pada Isnin.
Kereta yang dipandu mangsa bertembung dengan sebuah kereta Honda City di kilometer 32.8 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang pada Isnin.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya secara melawan arus bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di kilometer 32.8 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian pada jam 1.45 pagi, mangsa berusia 72 tahun memandu kereta jenis Proton Wira secara melawan arus lalu bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda City.

"Pemandu Proton Wira itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.