Rusia dakwa 'kuasai sepenuhnya' wilayah Luhansk

No Image Caption
A
A
A

MOSCOW - Wilayah Luhansk kini berada di bawah kawalan Moscow sepenuhnya, lapor Agensi Anadolu.

Menteri Pertahanan Rusia Sergey Shoygu memaklumkan 'pembebasan Republik Rakyat Luhansk' kepada Presiden Vladimir Putin pada Ahad.

"Selepas kejayaan operasi ketenteraan, tentera Rusia dan Militia Rakyat Luhansk memperoleh kawalan sepenuhnya ke atas bandar Lysychansk dan beberapa penempatan berdekatan.

"Wilayah yang dibebaskan setakat ini sepanjang 182 kilometer persegi," menurut Kementerian Pertahanan Rusia.

Donetsk dan Luhansk - merupakan sebahagian daripada wilayah Donbas di timur Ukraine, yang bersempadan dengan Rusia - puak pemberontak di wilayah itu disokong Rusia sejak 2014, apabila Kremlin menguasai Semenanjung Crimea.

Sebelum ini, Putin mengiktiraf "kemerdekaan" Donetsk dan Luhansk sejurus sebelum krisis Ukraine bermula pada 24 Feb lepas.

Donbas dan Crimea masih diiktiraf antarabangsa sebagai sebahagian daripada wilayah Ukraine dan angkatan tentera negara itu terus memperjuangkannya. - Bernama

Artikel Berkaitan: