Remaja lemas mandi di air terjun Pecah Batu

Pasukan bomba menjalankan operasi mengesan mangsa selepas menerima laporan kejadian lemas di air terjun Batu Pecah, Trong pada Ahad.
Pasukan bomba menjalankan operasi mengesan mangsa selepas menerima laporan kejadian lemas di air terjun Batu Pecah, Trong pada Ahad.
A
A
A

TAIPING - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan lemas ketika mandi di air terjun Pecah Batu, Trong di sini pada Ahad.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, laporan awal kejadian diterima pada jam 11.49 pagi.

"Mangsa dipercayai sedang melakukan aktiviti mandi bersama rakan-rakan namun dipercayai telah tergelincir dan terjatuh ke lubuk sedalam tiga meter.

"Anggota menggunakan kaedah 'gripping iron' untuk menarik mangsa keluar sebelum memberi bantuan pernafasan (CPR)," katanya.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa diserahakan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 1.57 petang.