Sila log masuk terlebih dahulu.

'Sakit seperti luka diperah air limau, badan dicucuk jarum'

Maya Suriani melihat doktor persendirian, Dr Roslan Mohd Yunus menyapu ubat pada badan suaminya.
Maya Suriani melihat doktor persendirian, Dr Roslan Mohd Yunus menyapu ubat pada badan suaminya.
A
A
A

SEREMBAN - Bermula dengan kudis kecil, seorang lelaki kini menderita penyakit bawaan virus varicella zoster yang menyebabkan kulit badannya kemerah-merahan seperti terbakar sejak tiga bulan lalu.

Keadaan itu menyebabkan Nofrizal Sofyan Effendy, 48, yang tinggal menyewa di Kampung Jiboi, Ampangan di sini hanya mampu terlantar di rumah.

Isterinya, Maya Suriani Sumiran, 35, berkata, sedih melihat kesakitan ditanggung suaminya dan menyifatkan keadaannya sangat terseksa.

"Suami kata ada ketikanya rasa sakit seperti luka diperah dengan air limau dan badan dicucuk-cucuk dengan jarum.

"Dengar dia luah macam itu pun kita sudah dapat bayangkan bagaimana kesakitan yang terpaksa tanggung," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, suaminya juga tidak dapat makan dan minum seperti biasa kerana terdapat luka dalam mulut selain bibirnya pecah teruk.

Ujarnya, suaminya kerap meracau-racau pada waktu malam dan memberitahu tangannya seperti dibakar.

"Saya dan puas menangis. Sudah habis daya kami kerana pelbagai ikhtiar sudah dilakukan termasuk berubat cara kampung.

Artikel Berkaitan:

"Boleh dikatakan setiap malam dia akan mengerang kesakitan dan disebabkan keadaan kulitnya itu, dia tidak tahan panas," katanya.

Maya Suriani berkata, keluarganya kini hilang mata pencarian kerana selama ini bergantung harap dengan pendapatannya suaminya yang berniaga.

Maya Suriani ketika memberi minuman kepada suaminya.
Maya Suriani ketika memberi minuman kepada suaminya.

Katanya, duit simpanan juga telah habis untuk berubat sehingga terpaksa menjual barangan kemasnya bagi menanggung kos perubatan.

"Soal makan minum adalah rakan-rakan membantu. Tapi yang saya risaukan adalah kos perubatan suami kerana setiap hari dia perlu cuci luka bagi mengelakkan jangkitan.

"Saya panggil doktor persendirian datang ke rumah mencuci luka di badan suami dengan bayaran RM100 setiap kali rawatan," katanya.

Bagaimanapun katanya, dia runsing bila mengenangkan kos rawatan selain perlu menyara dua anak masih kecil berusia lima dan dua tahun.

Menurutnya, rumah sewa dan bil elektrik juga sudah tertunggak lebih empat bulan.

Sementara itu katanya, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) ada datang memberi bantuan tilam angin, barangan keperluan dan wang tunai.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (Perkasih N9) pun ada datang ziarah kami, " katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Maya Suriani ditalian 010-5182634.